KPPO20

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran Orang Kurang Upaya (OKU) dalam bidang pekerjaan yang sekali gus dapat membantu banyak pihak; golongan OKU, majikan, keluarga OKU khususnya, dan masyarakat serta negara umumnya. Golongan OKU adalah merupakan sebahagian daripada kita. Mereka terdiri daripada ahli keluarga, ahli komuniti atau setidak-tidaknya ahli masyarakat kita. Kajian peluang pekerjaan OKU mendapati terdapat masalah dalaman dan luaran yang mereka hadapi di tempat kerja. Dari segi dalaman, masalah utama ialah kurang yakin pada diri sendiri, dan juga berasa tidak mampu untuk bekerja. Ini juga disebabkan oleh tahap pendidikan OKU, kerana kebanyakan OKU tiada pendidikan formal. Sementara masalah luaran adalah sokongan dan kemudahan ke tempat kerja.