Pengenalan
Kluster Penyelidikan dan Pembangunan (KPP) berperanan untuk merancang, menyelaras dan mengendalikan penyelidikan berkaitan sosial dan pembangunan sosial.
Selain itu, KPP menyelaras penyelidikan yang dijalankan in-house seperti kajian tinjauan berkaitan kumpulan sasar KPWKM dan berperanan memberikan bantuan khidmat nasihat kepada bahagian/kluster/unit lain dalam aspek melibatkan penyelidikan. Hasil dapatan kajian akan diselaras dan disebar luas bagi membantu pembuatan dasar dan polisi semasa negara.
Kluster ini juga berfungsi sebagai one-stop center (Pusat Kecemerlangan atau Pusat Rujukan / Khidmat Nasihat) yang diwakili oleh ahli-ahli akademik dan panel pakar rujuk yang berpengetahuan dan berpengalaman luas dalam dasar dan pembangunan sosial. Ini termasuk sesi perkongsian ilmu menerusi bench-marking dan best practices untuk menjana dan mengembangkan idea-idea baru berkaitan dasar dan pembangunan sosial.
Carta Organisasi
Fungsi Kluster
- Menjalankan penyelidikan berkaitan isu, dasar dan pembangunan sosial yang melibatkan kumpulan sasar utama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM);
- Menyelaras, mengurus setia dan menjalankan penyelidikan dalam bidang sosial melalui kaedah pelantikan perunding;
- Mengadakan kolaborasi strategik dengan institusi pengajian tinggi awam dan institusi swasta khusus dalam bidang penyelidikan isu dan pembangunan sosial kumpulan sasar Kementerian; dan
Menyediakan input teknikal untuk media dan agensi berkaitan, penyediaan Nota Jemaah Menteri (NJM) / Memorandum Jemaah Menteri (MJM), jawapan parlimen, laporan dan kenyataan negara.
Senarai Kajian di bawah Kluster