Pengenalan
- Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kepekaan gender peserta dengan meneliti isu-isu terpilih menggunakan kerangka gender, memahami wacana gender yang lebih meluas dan kompleks, mendalami kemahiran spesifik dalam menyelesaikan masalah dan cabaran berkaitan isu gender serta membincangkan strategi, tindakan dan langkah ke hadapan dalam mencapai pemerkasaan wanita dan gadis serta kesaksamaan gender.
- Kaedah kursus adalah dalam bentuk perkongsian maklumat, aktiviti berkumpulan, ceramah, perbincangan, tayangan video/ audio dan aktiviti interaktif.
Kandungan Kursus
- Ice Breaking dan Pembentukan Kumpulan
- Gender dan Pembangunan Mampan
- Gender dan Undang-Undang di Malaysia
- Gender dan Data
- Perkongsian Pengalaman (Tokoh Jemputan)
- Wanita dalam Politik/ Pekerjaan/ Komuniti
- Keganasan Terhadap Wanita/ Keganasan Berasaskan Gender
- Gender dan Pekerjaan
- Gender, Politik dan Kepimpinan
- Debat Gender
- Mengarusperdanakan Gender dan Bajet Responsif Gender
- Membawa Perubahan: Strategi dan tindakan dalam mencapai kesaksamaan gender
Kumpulan Sasar
Terbuka kepada Pegawai Kumpulan Profesional yang telah menghadiri Kursus Kepekaan Gender Tahap 1
Tempoh Kursus
24 Jam
Yuran
RM 30