Malaysia menuju ke arah negara menua dan dijangka 5.8 juta warga emas bersamaan dengan 15.3% berumur 60 tahun dan ke atas pada tahun 2030. Kajian diagnostik ini adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan formal dan tidak formal bagi mencapai kesejahteraan hidup rakyat secara menyeluruh. Tujuan utama kajian ini ialah membentuk model penjagaan warga emas jangka masa panjang (Long Term Care [LTC]) tahun 2030. Kajian ini mendiagnosis jurang penawaran dan cadangan penambahbaikan perkhidmatan sedia ada. Mengenal pasti permintaan perkhidmatan formal dan tidak formal khusus dalam penjagaan warga emas yang baru daripada aspek modal insan serta sistem pembiayaan. Kajian ini juga menyediakan cadangan pelan tindakan model LTC dan mengenal pasti cadangan lokaliti kajian rintis untuk pelaksanaan model LTC di Malaysia.