Cadangan Tema Kajian
Cadangan tema kajian untuk kursus atau aktiviti yang akan datang bertujuan untuk menentukan fokus utama yang relevan dengan perkembangan semasa dan keperluan institusi. Tema ini akan memberi arah kepada penyelidikan dan pembelajaran dalam kursus atau aktiviti tersebut, memastikan ia selaras dengan matlamat strategik serta memberikan manfaat kepada peserta. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan penerokaan mendalam terhadap isu-isu terkini yang penting bagi pembangunan dan kemajuan organisasi.
Promosi Kajian
Bagi menarik minat para akademik, bidang kajian - kajian yang sedang dan bakal dilaksanakan dipaparkan untuk tatapan umum. Ini memberikan ruang kepada bakal - bakal penyelidik sekiranya mereka berminat untuk melaksanakan kajian - kajian tersebut.
Semasa
Vol. 20 (2024): International Journal of Social Policy and Society (IJSPS)
The International Journal of Social Policy and Society (IJSPS) is a refereed international journal published by ISM. IJSPS aims to promote multidisciplinary topics in social sciences highly correlated to the development of the society. The journal published research papers on the fields of the human and social development, family, consumerism, music, gender, classes, sexuality, ethnic building, anthropology, business and management, economic, education, environmental science, government policy, philosophy, law, social welfare, sociology, statistic, psychology, women studies, ecology, world civilization, Asian and Europe studies among many others.
Baca lagiAkan Datang
Vol. 20 (2024): International Journal of Social Policy and Society (IJSPS)
The International Journal of Social Policy and Society (IJSPS) is a refereed international journal published by ISM. IJSPS aims to promote multidisciplinary topics in social sciences highly correlated to the development of the society.
Sijil Profesional Asas Kerja Sosial (SPAKS)
- Program SPAKS merupakan program persijilan profesional yang diperkenalkan mulai tahun 2023 bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme peserta dalam bidang kerja sosial dan layak berdaftar sebagai Pekerja Sosial, sekaligus dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan pekerja sosial yang lebih profesional dan berkesan.
Kursus Pra Perbicaraan dan Teknik Pendakwaan Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan peserta kepada proses pendakwaan yang berkesan dan kemahiran dalam bidang pendakwaan dan perbicaraan di mahkamah.
Kursus Siasatan Taska dan Pusat Jagaan
- Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan penjelasan secara menyeluruh tentang teknik pengendalian siasatan, penyediaan kertas siasatan dan minit mengikut standard yang betul serta meningkatkan kecekapan peserta menjalankan siasatan ke atas Taman Asuhan Kanak-Kanak, Pusat Jagaan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308] dan Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506].
Kursus Pengendalian Persidangan Kes
- Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman tentang proses dan kecekapan pengendalian persidangan kes. Kemahiran secara berkesan dan berterusan dalam pengendalian persidangan kes dapat dipelajari secara berkesan menerusi proses pengajaran dan pembelajaran.