KUTIPAN DAN PELUPUSAN SAMPAH
KEKERAPAN KERJA PEMUNGUTAN SAMPAH
1. Kutipan Tiga (3) Kali Seminggu
Kutipan sisa pepejal dengan kekerapan tiga (3) kali seminggu termasuk hari Kelepasan Am hendaklah dilaksanakan di dalam kawasan rumah kediaman termasuk rumah teres, rumah banglo, rumah semi-D atau sebarang jenis kediaman kecuali rumah pangsa, kondominium atau pangsapuri. Jadual akan ditetapkan sama ada mengikut turutan
- Isnin, Rabu dan Jumaat
- Selasa, Khamis dan Sabtu
2. Kutipan Tiap-Tiap Hari (7 Kali Seminggu)
Kutipan sisa pepejal dengan kekerapan setiap hari termasuk hari Kelepasan Am hendaklah dilaksanakan di dalam kawasan berikut
- Pasar pagi dan pasar moden
3. Kutipan Tiap-Tiap Hari (6 kali seminggu kecuali Ahad)
Kutipan sisa pepejal dengan kekerapan setiap hari kecuali hari Ahad tetapi termasuk hari Kelepasan Am hendaklah di laksanakan di dalam kawasan berikut
- Premis perniagaan termasuk semua jenis kedai, rumah/kedai, kedai/pejabat dan gerai
- Rumah pangsa, kondominium atau pangsapuri
- Pusat-pusat tong dan kebuk sampah
- Lain-lain kawasan yang diarahkan
4. Kutipan Pasar Malam (mengikut waktu pasar malam)
PEMBERSIHAN AWAM
1. Pemotongan Rumput
Spesifikasi
- Memotong semua rumput dalam kawasan tanah rezab termasuk bahu jalan, jalan protocol, lorong-lorong belakang, tepi tebing longkang, sepanjang jalanraya, susur jalan, pinggir longkang besar, padang bola, rumput yang menjalar dan di batas tempok
- Rumput di tepi tebing longkang jalan yang berada dalam kawasan tanah rezab hendak dipotong sama rata dengan tebing konkrit longkang itu, jika terdapat longkang-longkang tanah , pemotongan hendaklah dibuat sama rata dengan peringkat tinggi air dari longkang itu
- Sisa rumput hendaklah diletakkan ke dalam bekas atau beg plastic dan hendaklah dilupuskan dalam masa 24 jam pemotong dilaksanakan
- Semua spesifikasi kerja yang tertakluk di dalam dokumen dan arahan semasa
Kekerapan
- Pemotongan rumput adalah mengikut jadual 15 hari sepusingan
- Kerja-kerja ini hendaklah dibuat dua (2) kali sebulan
- Pemotongan adalah WAJIB setiap 1 hingga 15 haribulan dan 16 hingga 31 hari bulan setiap bulan
2. Pembersihan Longkang
Spesifikasi
- Pembersihan dan cucian longkang termasuklah :
- Sump longkang
- Palong
- Screen sampah dan log boom
- Grill/grating longkang underpass
- Struktur tiang
- Drivewaly p.c.slab
- Tempok dan dinding longkang
- Kesemua jenis longkang tersebut mestilah setiap hari bebas dari sebarang tumbukan renek, sisa pepejal, pasir dan halangan sampah pukal. Longkang pecah perlu dilaporkan kepada MPS
- Sisa longkang hendaklah diletakkan ke dalam bekas atau beg plastik dan hendaklah dilupuskan dalam masa 24 jam pembersihan dilaksanakan
- Semua spesifikasi kerja yang tertakluk di dalam dokumen tender dan arahan semasa
Kekerapan
- Pembersihan longkang adalah mengikut jadual 15 hari sepusingan (1 hingga 15 haribulan dan 16 hingga 31 haribulan setiap bulan)
- Kerja-kerja ini hendaklah dibuat dua (2) kali sebulan
- Pembersihan longkang dilakukan selari dengan pemotongan rumput
- Pembersihan longkang bagi kawasan perniagaan kilang, komersial dan rumah kedai adalah WAJIB setiap hari termasuk hari minggu dan cuti am
3. Penyapuan Jalan
Spesifikasi
- Menyapu, membersihkan dan mengangkat semua kotoran sisa pepejal di atas jalan, kawasan awam dan longkang
- Membersih lebihan sisa kemalangan, bangkai binatang, sisa pepejal pukal dan semua objek sisa pepejal di atas jalan awam
- Membuang sampah sarap dan semak samin di sepanjang jalan dan bebendul (kerb) dan membersihkan longkang scupper (scupper drain)
- Sisa sapuan hendaklah diletakkan ke dalam bekas atau beg plastik dan hendaklah dilupuskan dalam masa 24 jam penyapuan dilaksanakan
- Menyapu dan membersihakan sampah dan kotoran di jalan-jalan utama pada setiap hari mengikut spesifikasi kerja
- Semua spesifikasi kerja yang tertakluk di dalam dokumen tender dan arahan semasa
Kekerapan
- Pembersihan jalan adalah mengikut pusingan pemotongan rumput
- Kerja-kerja ini hendaklah dibuat dua (2) kali sebulan
- Penyapuan adalah WAJIB setiap 1 hingga 15 haribulan dan 16 hingga 31 haribulan setiap bulan
- Penyapuan jalan bagi kawasan perniagaan kilang dan kawasan komersial hendaklah dibuat WAJIB setiap hari termasuk hari minggu dan cuti am
4. Sampah Pukal / Sampah Kebun
Spesifikasi
- Mengutip sampah pukal yang terdiri daripada sisa perabot terpakai, kertas, kotak, sisa kayu dan sebagainya yang terdapat di tepi-tepi tong sampah dan di tepi-tepi tong sampah kediaman dn perniagaan dan di lain-lain lokasi di dalam kawasan kerja yang ditawarkan
- Kerja-kerja ini melibatkan kutipan sisa rumput sisa longkang dan sisa sapuan kerana ia terletak di bawah kerja-kerja pembersihan
- Semua sampah yang dilonggokkan tanpa izi atau dibuang di mana-mana lokasi di dalam kawasan perkhidmatan hendaklah dipungut, dibersihkan dan dilupuskan oleh pihak kontraktor
- Pembuangan sisa kutipan adalah di tapak pelupusan sampah lengal (kering) yang dikawal oleh pihak Worldwide di Sungai Kertas atau di Kuang
Kekerapan
- Perumahan - 1 kali seminggu
- Rumah Kampung Tradisi - 1 kali seminggu
- Komersil - 2 kali seminggu
- Industri - 2 kali seminggu
5. Aktiviti gotong royong
Spesifikasi
-
Menyediakan perkhidmatan dalam aktiviti gotong royong yang diarahkan pihak MPS
PENGUATKUASAAN ALAM SEKITAR
- Bertanggungjawab dalam memastikan sisa industri dibuang di tempat yang dibenarkan
- Menguatkuasa undang-undang ke atas tapak pelupusan sampah haram
- Mengambil tindakan terhadap aduan pencemaran alam sekitar di bawah Akta Kerajaan Tempatan dan UUK