603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

Taman Rimba Templer

Gambar
Image
Taman Eko Rimba Templer
Image
Taman Eko Rimba Templer
Image
Taman Eko Rimba Templer
Keterangan
Taman Eko Rimba Templer terletak di Rawang, Selangor, dalam kawasan Hutan Simpan Kanching yang tergolong dalam kategori Hutan Dipterokarpa Bukit. Taman ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung menjalankan aktiviti seperti riadah bersama keluarga, berkelah, dan mandi-manda.

Taman ini terkenal dengan air terjun dan kolamnya yang jernih serta sejuk, sesuai untuk menyegarkan badan. Antara kemudahan yang disediakan termasuk tandas, surau, wakaf, tapak perkhemahan, kawasan membakar BBQ, taman permainan, dan kawasan parkir kenderaan.

Berhampiran taman ini, terdapat kawasan mendaki batu kapur di Bukit Takun serta padang golf di Templer Park Country & Golf Club, menjadikan kawasan ini menarik bagi peminat sukan golf.