Pengenalan
- Bengkel ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada peserta berhubung:
- konsep, makna, tujuan, peranan dan tanggungjawab serta syarat-syarat dan persediaan yang diperlukan untuk menjadi sukarelawan yang baik dan berkesan;
- melatih peserta untuk mengenal diri, memahami komuniti dan persekitaran, serta cabaran yang harus dihadapi dan bagaimana menanganinya;
- merangsang peserta untuk menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara dengan ilmu serta kemahiran yang bersesuaian; dan
- mendedahkan peserta kepada aktiviti kerja sukarela yang berkaitan dengan kumpulan sasar Kementerian dan melatih peserta untuk menyediakan laporan bagi kerja-kerja sukarelawan.
- Kaedah bengkel adalah dalam bentuk ceramah, latihan dalam
kumpulan, pembentangan, tayangan video/ audio dan kuiz.
Kandungan Kursus
- Ice Breaking dan Pembentukan Kumpulan
- Pengurusan dan Pembentukan Keupayaan
- Silang Budaya, Agama dan Kumpulan Rentan
- Pengurusan Mesyuarat dalam Kerja Kesukarelawanan
- Jaringan Hubungan
- Memenangi Hati Kumpulan Sasar
- Pengurusan Stres
- Pengetahuan Perundangan - Kanak-kanak, Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas
- Pengurusan 4K (Keselamatan, Kebersihan, Keceriaan dan Kesihatan)
- Kemahiran Penyediaan Kertas Kerja
- Pengurusan Konflik
- Pemerkasaan Komuniti
- Minda Agen Perubahan Set
- Kemahiran Advokasi
- Kerja Lapangan dan Pembentangan Kumpulan
- Penulisan Laporan
Kumpulan Sasar
Terbuka kepada mereka yang telah menghadiri Bengkel Sukarelawan Jiwa Malaysia.
Tempoh Kursus
46 Jam
Yuran
Percuma