Pengenalan
- Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kemahiran dan pengetahuan mengenai penjagaan asas terhadap warga emas, orang kurang upaya (OKU), kanak - kanak dan pesakit kronik terlantar yang berada di pusat jagaan serta memberi pemahaman dan pengetahuan mengenai keperluan kesihatan, pemakanan dan komunikasi dengan warga emas, OKU, kanak-kanak dan pesakit kronik terlantar yang berada di pusat jagaan.
- Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, perbincangan dan pembentangan, tayangan video, role play atau simulasi dan latihan praktikal di lapangan.
Kandungan Kursus
- Ice Breaking dan Pembentukan Kumpulan
- Pengenalan tentang Pusat Jagaan Kanak-Kanak Remaja, Wanita, OKU dan Warga Emas
- Peranan dan Tanggungjawab Pengendali Pusat Jagaan
- Pematuhan Terhadap Akta dan Peraturan berkaitan Perkhidmatan Pusat Jagaan
- Pengurusan dan pengendalian rutin harian di pusat jagaan
- Pengurusan dan Pengendalian Aktiviti Perkembangan, Pembelajaran, Kemajuan, Pemulihan, Persidangan Kes dan Intervensi Penghuni di Pusat Jagaan
- Pengendalian Keselamatan, Kesihatan, Kebersihan dan Keceriaan (4K) di Pusat Jagaan serta Pengurusan dan Pengendalian rekod-rekod di Pusat Jagaan
- Pengurusan dan pengendalian Aktiviti Fisio dan Regangan Anggota di Pusat Jagaan OKU dan Warga Emas
- Praktikal Pengajaran Rutin Harian di Pusat Jagaan dan Pengurusan (Kerja Lapangan)
- Pembentangan kumpulan
Kumpulan Sasar
Terbuka kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), sukarelawan khidmat bantu di rumah dan individu yang berminat.
Tempoh Kursus
26 Jam
Yuran
RM 30