dip-1
Pengenalan

Buat masa ini, ISM hanya mempunyai satu (1) program yang mendapat akreditasi daripada MQA iaitu Diploma Pasca Siswazah Kerja Sosial (DPKSKS).  ISM kini dalam usaha untuk melaksanakan kursus-kursus bertaraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang Kesukarelawan, Warga Emas dan Kanak-kanak.

Program Diploma Pascasiswazah Kerja Sosial dirangka bagi memenuhi keperluan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk meningkatkan profesionalisme pekerja sosial. Program ini bermatlamat untuk melahirkan pekerja sosial yang menguasai ilmu kerja sosial, berfikiran kritikal dan mempunyai sikap serta kemahiran menyelidik dan berkeupayaan mengaplikasikannya dalam tugasan harian.

Pengendalian program ini menerapkan prinsip pembelajaran sepanjang hayat melalui pendekatan dewasa. Pelaksanaan program menerusi pembentangan seminar dan latihan praktikum membolehkan pelajar mengaplikasikan semua nilai, etika, teori dan kemahiran dalam bidang kerja sosial ketika menjalankan praktik kerja sosial dengan individu, keluarga, kumpulan, organisasi dan komuniti.