603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

Berita

MAJLIS BACAAN YASIN BULAN FEBRUARI
MAJLIS BACAAN YASIN BULAN FEBRUARI

Kelab Sukan dan Kebajikan MPS bersama Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Perundangan MPS telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran bagi bulan Februari 2024 yang telah berlangsung pada 23 Februari 2024, jam 8.30 pagi bertempat di Lobi Menara MPS.

Majlis Bacaan Yasin pada kali ini telah dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Khair Bin Jalil. Turut hadir bersama mengimarahkan majlis ini adalah YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS; Encik Mohd Zikry bin Zulkifle, Presiden Kelab Sukan dan kebajikan MPS serta pengarah-pengarah jabatan dan kakitangan MPS.

Semoga penganjuran majlis ini mendapat limpahan keberkatan dan rahmat inayah dari Allah SWT.

MESYUARAT YDP MPS BERSAMA AHLI PARLIMEN DAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN)
MESYUARAT YDP MPS BERSAMA AHLI PARLIMEN DAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN)

Mesyuarat Yang Dipertua MPS bersama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri Bilangan 1 Tahun 2024 telah diadakan pada 21 Februari 2024 bertempat di Dewan Simfoni Lagong, Taman Rimba Bukit Lagong.

Mesyuarat diadakan bertujuan untuk memberi ruang komunikasi dua hala antara MPS bersama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri (ADN) bagi berkongsi segala permasalahan, pandangan dan pembangunan yang berlaku di kawasan pentadbiran MPS.

Menyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, YDP MPS. Ahli mesyuarat yang turut hadir adalah YB Tuan Chua Wei Kiat, ADN Rawang; YB Puan Pua Pei Ling, ADN Bukit Lanjan; Tuan A. Rahim bin Ahmad Kasdi, Setiausaha Politik kepada Dato’ MB Selangor mewakili Parlimen Gombak dan DUN Gombak Setia; Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, TYDP MPS; wakil-wakil Parlimen dan DUN serta pengarah-pengarah jabatan MPS.

PROGRAM RAMAH MESRA KOMUNITI
PROGRAM RAMAH MESRA KOMUNITI

Program Ramah Mesra Komuniti oleh Badan Pengurusan Pangsapuri Dadimur, Taman Desa Batu Caves telah diadakan pada 10 Februari 2024 bertempat di Flat Dadimur dan dihadiri oleh Yang Dipertua MPS, Dato’ Mohd Yazid bin Sairi. Turut hadir Tuan Wan Anuar Bin Wan Ibrahim, Ahli Majlis dan pengerusi JKP Zon 5, MPS. 

Program ini yang turut mendapat kerjasama agensi NGO bertujuan menghargai pihak MPS dan semua pihak atas usaha mendapatkan saluran peruntukkan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) untuk kelestarian skim strata Flat Dadimur selain menghargai semua yang terlibat atas kejayaan JMB/MC Flat Dadimur merangkul pelbagai anugerah. 

Sesi lawatan telah turut diadakan bersama Dato’ YDP dan semua tetamu jemputan ke kawasan sekeliling skim strata dan kebun komuniti bagi melihat impak ke atas peruntukkan yang telah diterima. 

Tahniah diucapkan kepada Badan Pengurusan Pangsapuri Dadimur serta semua yang terlibat. Semoga program seperti ini dapat meningkatkan lagi usaha sama dan kreativiti dalam menambah baik kelestarian dan keharmonian komuniti

MAJLIS BERKHATAN PERDANA
MAJLIS BERKHATAN PERDANA

Program Berkhatan Perdana 2024 Anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) MPS

Seramai 15 orang anak-anak kakitangan MPS dirai dalam Program Berkhatan Perdana anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) MPS pada 9 Februari 2024 sempena cuti persekolahan. Program yang diadakan di Lobi dan pekarangan Menara MPS ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, YDP MPS dengan dihadiri oleh semua ibubapa, peserta dan kakitangan MPS. 

Acara dimulakan dengan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat. Seterusnya peserta dibawa berarak dengan bunga manggar sebelum gimik acara bersiram beramai-ramai dengan jentera bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Selayang.

Pada sebelah petang, para peserta dibawa oleh penjaga masing-masing untuk sesi berkhatan yang dikendalikan oleh Klinik Sejahtera Bandar Baru Selayang. Setiap peserta turut menerima cenderahati dan sumbangan wang tunai dari pihak KSDK MPS.

KEMPEN DERMA DARAH
KEMPEN DERMA DARAH

Syabas dan tahniah diucapkan kepada ANULAE cawangan MPS yang telah menganjurkan Kempen Derma Darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara. 

Penganjuran kempen yang berlangsung di Lobi Menara MPS pada 8 Februari 2024 telah disertai seramai 133 orang penderma. YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, YDP MPS dan Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS juga turut berkesempatan meluangkan masa melawat program derma darah ini. 

Terima kasih diucapkan kepada semua penderma dalam membantu memastikan bekalan darah sentiasa berada dalam paras selamat. Semoga usaha murni ini akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi membantu yang memerlukan

JUALAN AGRO MADANI
JUALAN AGRO MADANI

Jualan Agro Madani anjuran ANULAE Cawangan MPS bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah diadakan pada 31 Januari 2024 bertempat di Perkarangan Tapak Parkir Menara MPS.

Pengunjung yang hadir pada program ini telah berpeluang menikmati jualan istimewa bagi produk Industri Kecil Sederhana (IKS), jualan buah-buahan dan pelbagai makanan. 

YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS; YDH Dato' Paduka Raja Tan Sri Dato' (Dr) Hj Wan Mahmood bin Pa'Wan Teh, Dato' Orang Kaya Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Gombak; Puan Ruzani Sohot, Pengerusi ANULAE Cawangan MPS dan Tn. Hj. Az'har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS turut berkesempatan meninjau tapak-tapak jualan tersebut

PERHIMPUNAN BULAN JANUARI
PERHIMPUNAN BULAN JANUARI

YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS telah menzahirkan rasa bangga beliau atas pencapaian MPS dalam ucapan amanat tahun baharu di Perhimpunan Bulanan Peringkat MPS 2024 bertempat di Lobi Menara MPS. 

Beliau turut menekankan tentang semangat berpasukan dan fokus MPS untuk tahun 2024. 

Pada majlis ini turut diadakan Penyampaian Sijil 'Anugerah Cawangan Cemerlang' kepada Anulae MPS dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Sukan Antara Jabatan MPS bagi sukan Dart. Turut diadakan juga sesi pengenalan Ahli Majlis MPS bagi penggal 2024 - 2025.

Hadir sama Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, barisan Ahli-Ahli Majlis MPS, pengarah jabatan MPS dan kakitangan MPS.

MESYUARAT MAJLIS BIL.1 24
MESYUARAT MAJLIS BIL.1 24

Sekitar Mesyuarat Majlis Bil.1/24 yang telah berlangsung pada 29 Januari 2024 bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS.

Mesyuarat majlis ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS. Turut hadir dalam mesyuarat ini Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS, Ahli-Ahli Majlis MPS dan pengarah-pengarah jabatan MPS.

PENGAGIHAN BAKUL MAKANAN
PENGAGIHAN BAKUL MAKANAN

Pengagihan bakul makanan kepada 180 orang penerima sempena acara Pra-Lunar Tahun Baru telah disempurnakan oleh YB William Leong, Ahli Parlimen Selayang dan YB Chua Wei Kiat, ADUN Rawang bersama Jawatankuasa Penduduk Zon 15 bertempat di Dewan Gelanggang MCA Green Park Rawang pada 28 Januari 2024.

Penerima terdiri daripada warga B40, orang kelainan upaya (OKU), ibu-ibu tunggal dan 20 orang penghuni warga emas di Pusat Jagaan Lekshmy Illam, New Green Park 2. 

Terima kasih dan tahniah kepada Ahli Majlis Zon 15, Puan Alice Choo Foong Thye dan JKP Zon 15 atas inisiatif ini yang dapat membantu meringankan sedikit beban mereka yang memerlukan.

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2024
MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2024

Tuan Adi Faizal, Timbalan Yang Dipertua MPS bersama wakil pengurusan MPS telah menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 yang disampaikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan yang telah berlangsung pada 23 Januari 2024 secara dalam talian. Lintas langsung Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Kristal, Bangunan KPKT. 

Turut menyertai Majlis Amanat ini adalah Timbalan Menteri KPKT, YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Ketua Setiausaha KPKT, YBhg. Datuk Wira M Noor Azman Talib serta pegawai-pegawai Kanan Kementerian, Jabatan, Agensi, wakil-wakil daripada 155 PBT dari seluruh negara secara bersemuka dan dalam talian. 

YB Nga Kor Ming telah menyampaikan amanat kepada setiap warga KPKT agar sentiasa jelas bahawa falsafah kepimpinan adalah berlandaskan Rukun Negara. Beliau berharap agar amanat ini dapat menjadi pembakar semangat dalam meningkatkan mutu kerja yang lebih baik pada tahun 2024 demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.