603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

Berita

Program Ahli Majlis  @ JKP Zon - Tuan Haji Muhammad Najmi
Program Ahli Majlis @ JKP Zon - Tuan Haji Muhammad Najmi

Lebih 500 kalendar telah diedar di kawasan Zon 9 oleh Tuan Haji Muhammad Najmi, Ahli Majlis MPS bersama Jawatankuasa Penduduk Zon 9 pada 3 Januari 2025.

Edaran kalendar ini merupakan salah satu inisiatif bagi memperkukuhkan hubungan hubungan antara pihak berkuasa tempatan dan penduduk kawasan. 

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Muhammad Najmi di atas edaran kalendar tahun baharu 2025 ini. Semoga ianya memberi manfaat dan memudahkan segala urusan pada tahun ini.

[Program Ahli Majlis @ JKP Zon] - Tuan Saharudin
[Program Ahli Majlis @ JKP Zon] - Tuan Saharudin

Sesi penyerahan sumbangan oleh Tuan Saharudin bin Abu Bakar, Ahli Majlis MPS kepada 163 orang mangsa banjir yang berlaku di Kampung Melayu Sri Kundang dan Taman Rahmat Jaya pada Oktober yang lalu telah disempurnakan pada 4 Januari 2025 bertempat di Dewan JPKK Kampung Melayu, Sri Kundang, Rawang.

Turut sama dalam menyampaikan sumbangan, YB Tuan William Leong, Ahli Parlimen Selayang. 

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Saharudin dan semua pihak yang terlibat. Semoga dengan bantuan yang diterima dapat meringankan sedikit beban kepada mangsa-mangsa banjir.

MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI TUAN ADI FAIZAL
MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI TUAN ADI FAIZAL

Lipat sirih di tapak tangan,

Letak sekapur dalam dupa,

Budi yang baik jadi kenangan,

Budi Tuan kami tak lupa.

Majlis Perbandaran Selayang telah mengadakan Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi Meraikan YBrs. Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi pada 28 Februari 2025 bertempat di Lobi Menara MPS.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada beliau di atas segala sumbangan dan jasa beliau sepanjang dua tahun berkhidmat di MPS.

Seluruh warga MPS dengan penuh ikhlas mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau. Semoga perjalanan beliau di tempat baharu dipenuhi dengan kejayaan yang lebih cemerlang.

Turut sama meraikan ialah Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS; Dato' Paduka Raja Tan Sri Dato' (Dr.) Haji Wan Mahmood bin Pa'Wan Teh, Dato' Orang Kaya Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Gombak; YB Tuan Chua Wei Kiat, ADUN Rawang; Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS; Tuan Haji Sulaiman bin Abu Samah, Ketua WHIP Ahli Majlis MPS, Ahli Majlis, barisan pengarah dan warga kerja MPS.

CERAMAH AMBANG RAMADAN
CERAMAH AMBANG RAMADAN

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) telah mengadakan Ceramah Ambang Ramadan pada 28 Februari 2025 bertempat di Dewan Keraian, Tingkat 8, Menara MPS. Majlis ini diadakan bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang bakal tiba.

Ceramah bertajuk “Puasaku Memburu Pintu Syurga Al-Rayyan” ini telah disampaikan oleh Ustaz Haji Zulhazwan bin Ismail dan telah dihadiri seramai 150 orang kakitangan MPS. Antara intipati ceramah adalah penekanan bagi memahami tujuan utama ibadah puasa dilaksanakan pada bulan Ramadan untuk mendidik jiwa serta nafsu daripada melakukan perkara kemungkaran.

Hadir sama, Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang. 

Semoga ceramah ini memberi manfaat kepada warga MPS dan seterusnya sebagai persediaan rohani dan jasmani dalam menyambut bulan Ramadan.

SESI LIBAT URUS (MPS) DENGAN AGENSI TEKNIKAL LUARAN (ATL)
SESI LIBAT URUS (MPS) DENGAN AGENSI TEKNIKAL LUARAN (ATL)

Sekitar Sesi Libat Urus Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Dengan Agensi Teknikal Luaran (ATL) Bagi Pengeluaran Ulasan Teknikal Permohonan Cadangan Pemajuan Untuk Pertimbangan Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) telah diadakan pada 26 Februari 2025 bertempat di The Royal Chulan Damansara.

Objektif sesi libat urus ini untuk membincangkan secara terperinci mengenai ulasan – ulasan teknikal yang diberikan oleh Agensi Teknikal Luaran (ATL) terhadap permohonan pelan cadangan pemajuan yang membabitkan permohonan Kebenaran Merancang (KM), Permohonan Kerja Tanah dan Permohonan Jalan dan Peparitan.

Selain itu, sesi ini juga merupakan platform kedua-dua pihak untuk membincangkan ruang penambahbaikan yang boleh dilaksana bagi memastikan kelancaran pemprosesan permohonan diterima.

Majlis ini telah dipengerusikan oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS. Turut sama, Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, Puan Nor Azlina binti Abdul Aziz, Pegawai Daerah Gombak, wakil-wakil agensi, barisan pengarah MPS dan wakil jabatan dalaman MPS.

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK PENGURUSAN MPAJ DAN MPS
PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK PENGURUSAN MPAJ DAN MPS

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak antara Pengurusan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Pengurusan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) anjuran bersama Kelab Sukan dan Kebudayaan (KESUKE) dan Kelab Kebajikan dan Sukan (KSDK) telah berlangsung pada 26 Februari 2025 bertempat di Stadium MPS.

Perlawanan berakhir dengan pasukan MPAJ menewaskan pasukan MPS dengan skor jaringan 3-2.

Lebih menarik adalah perlawanan persahabatan ini turut disertai oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS dan Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS. Hadir sama Ts. Haji Hasrolnizam bin Shaari, Setiausaha MPAJ bersama Tn. Johari bin Atli, Ketua Sektor Hasil merangkap Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPAJ dan Pn. Marlina binti Mohamad, Pengerusi Kelab Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan (KESUKE), MPAJ.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan atas semangat kesukanan yang tinggi dan semoga perlawanan persahabatan ini dapat mengeratkan kerjasama antara warga kerja MPS dan MPAJ.

OPERASI BERSEPADU PENJUALAN TANPA KEBENARAN  DIAMBIL TINDAKAN
OPERASI BERSEPADU PENJUALAN TANPA KEBENARAN DIAMBIL TINDAKAN

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan operasi bersepadu di Jalan Samudera Barat 8 pada 26 Februari 2025 bagi menangani aktiviti penjajaan tanpa kebenaran. Operasi yang berlangsung dari jam 10:30 pagi hingga 12:30 tengah hari ini melibatkan kekuatan seramai 36 anggota.

Selain itu, operasi ini turut dibantu oleh jabatan dalaman seperti Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK) yang menyediakan satu unit lori RORO, Unit Selenggara Bangunan (USB) serta Jabatan Kejuruteraan yang menyediakan sebuah backhoe.

Dalam tindakan yang diambil, MPS telah menyita pelbagai barangan penjaja termasuk barang mudah musnah seperti 15 biji kelapa, sebuah peti sejuk beku, dua unit kipas dinding, sebuah rak kaca serta dua unit sinki. Selain itu, sebanyak 40 unit kerusi plastik hitam, satu unit stall, satu unit kaki dapur, empat unit mentol lampu, dua unit khemah biru, dua unit tong biru bulat, satu unit kerusi bayi, satu unit meter TNB, dua unit tong ais, satu unit chiller, dan satu unit tong ais besi turut disita. Penjaja pernah dikenakan tindakan kompaun sebelum ini atas kesalahan yang sama namun masih menjalankan perniagaan tanpa kelulusan pihak MPS. 

Selain penyitaan, struktur binaan kekal berbentuk pagar gril juga telah dirobohkan. Kesemua tindakan yang diambil berdasarkan Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 serta Undang-Undang Kecil Penjaja MPS 2007.

MPS menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu yang menjalankan perniagaan tanpa kebenaran demi memastikan kebersihan, keselamatan dan ketenteraman awam di kawasan pentadbiran MPS.

PERSARAAN PENGARAH JABATAN KORPORAT MPS
PERSARAAN PENGARAH JABATAN KORPORAT MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah meraikan Encik Mohamad Zin bin Masoad, Pengarah Jabatan Korporat yang akan bersara dalam satu majlis khas semasa Perhimpunan Bulan Februari 2025 bertempat di Lobi Menara MPS.

Encik Mohamad Zin juga menerima cenderahati kenangan daripada Pihak Pengurusan MPS, Jabatan Korporat MPS, Kelab Sukan dan Kebajikan MPS, serta ANULEE cawangan MPS sebagai tanda penghargaan atas jasa dan bakti selama 32 tahun perkhidmatan di MPS.

Seluruh warga MPS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas dedikasi serta komitmen Encik Mohamad Zin sepanjang tempoh perkhidmatan. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang diberkati, serta terus dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T.

Selamat bersara, Encik Zin! 

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN FEBRUARI 2025
MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN FEBRUARI 2025

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan Perhimpunan Bulan Februari 2025 yang dihoskan oleh Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) dengan bertemakan “Strata Terpelihara, Komuniti Sejahtera” pada 25 Februari 2025 bertempat di Lobi Menara MPS.

Pada majlis ini telah diadakan penyampaian hadiah bagi Pengurusan Stor Terbaik Tahun 2024 peringkat MPS. Selain itu, dalam majlis ini juga MPS mengambil inisiatif untuk mengimarahkan bulan Ramadan yang bakal tiba dengan melancarkan Tabung Ihya Ramadan. Pelancaran tabung sumbangan anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) MPS ini diharapkan dapat menggalakkan serta melipatgandakan amalan bersedekah dan berinfaq dalam kalangan warga MPS.

Turut sama dalam majlis ini ialah YDH Dato’ Paduka Raja Tan Sri Dato’ Dr Haji Wan Mahmood bin Pa’Wan Teh, Orang Besar Daerah Gombak. Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, Ahli Majlis MPS, pengarah jabatan dan kakitangan MPS. 

[PROGRAM AHLI MAJLIS @  JKP ZON] - PN. P. MARIAMMAL
[PROGRAM AHLI MAJLIS @ JKP ZON] - PN. P. MARIAMMAL

Program Fun Walk Hari Wanita Sedunia anjuran JKP Zon 16 dan 17 telah diadakan pada 23 Februari 2025 bertempat di Tasik Bandar Country Homes, Rawang.

Seramai 250 orang peserta wanita yang telah hadir bagi menyertai program ini. Acara pelepasan telah disempurnakan oleh __. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.

Turut sama YB Chua Wei Kiat; ADUN Rawang. Tahniah diucapkan kpeada Puan P. Mariammal dan Tuan Anmuniandy di atas penganjuran program seperti ini.