Pengenalan
  • Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kemahiran dan pengetahuan mengenai penjagaan asas terhadap warga emas, orang kurang upaya (OKU), kanak - kanak dan pesakit kronik terlantar yang berada di pusat jagaan serta memberi pemahaman dan pengetahuan mengenai keperluan kesihatan, pemakanan dan komunikasi dengan warga emas, OKU, kanak-kanak dan pesakit kronik terlantar yang berada di pusat jagaan.
  • Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, perbincangan dan pembentangan, tayangan video, role play atau simulasi dan latihan praktikal di lapangan.
Kandungan Kursus
  1. Ice Breaking dan Pembentukan Kumpulan
  2. Pengenalan tentang Pusat Jagaan Kanak-Kanak Remaja, Wanita, OKU dan Warga Emas
  3. Peranan dan Tanggungjawab Pengendali Pusat Jagaan
  4. Pematuhan Terhadap Akta dan Peraturan berkaitan Perkhidmatan Pusat Jagaan
  5. Pengurusan dan pengendalian rutin harian di pusat jagaan
  6. Pengurusan dan Pengendalian Aktiviti Perkembangan, Pembelajaran, Kemajuan, Pemulihan, Persidangan Kes dan Intervensi Penghuni di Pusat Jagaan
  7. Pengendalian Keselamatan, Kesihatan, Kebersihan dan Keceriaan (4K) di Pusat Jagaan serta Pengurusan dan Pengendalian rekod-rekod di Pusat Jagaan
  8. Pengurusan dan pengendalian Aktiviti Fisio dan Regangan Anggota di Pusat Jagaan OKU dan Warga Emas 
  9. Praktikal Pengajaran Rutin Harian di Pusat Jagaan dan Pengurusan (Kerja Lapangan) 
  10. Pembentangan kumpulan
Kumpulan Sasar

Terbuka kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), sukarelawan khidmat bantu di rumah dan individu yang berminat.

Tempoh Kursus

26 Jam

Yuran

RM 30