Kajian Penilaian Outcome Program Pembangunan Kompetensi Pekerja Sosial di Institut Sosial Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2018-2019

Laporan Penilaian Outcome ini bertujuan membentangkan penelitian terhadap keberkesanan Program Pembangunan Kompetensi Pekerja Sosial yang dilaksanakan di Institut Sosial Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam tempoh 2018-2019 di bawah peruntukan belanja mengurus. Institut Sosial Malaysia (ISM) sebagai Institut Latihan Awam (ILA) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memainkan peranan dan tanggungjawab dalam menyedia dan memberikan program pembangunan kapasiti dan kompetensi bagi pekerja sosial iaitu Pegawai Pembangunan Masyarakat sama ada di Jabatan Kebajikan Masyarakat atau pegawai kerja sosial kader yang berminat menyertai program ini.