Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. In nisl lectus, venenatis non orci semper, accumsan cursus leo. Ut ipsum turpis, mattis quis tempus vitae, molestie a orci. 

 

Skop Kandungan Majalah

‘Paradigma Sosial’ merupakan penerbitan separa akademik yang diterbitkan oleh pihak ISM secara tahunan. Antara topik yang diketengahkan dalam Paradigma Sosial termasuklah isu-isu sosial seperti inovasi sosial, kesukarelawanan, pembangunan manusia dan sosial, keluarga, gender, pekerja sosial dan kebajikan sosial.


Penyerahan Artikel

Semua artikel sama ada di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris hendaklah ditulis dalam format teks sahaja (Microsoft Word) dan dikemukakan melalui e-mel kepada Jawatankuasa Editor, melalui emel [email protected].

Pertanyaan hendaklah dialamatkan kepada alamat e-mel di atas atau menghubungi talian 03-7985 3343.

 


Hak Cipta

Artikel yang telah dikemukakan tidak boleh diterbitkan di tempat lain dan tidak boleh dipertimbangkan oleh mana-mana penerbit lain. Para penulis seharusnya bertanggungjawab dalam memastikan keaslian artikel.

ISM memiliki hak untuk menerbitkan artikel secara keseluruhan atau sebahagian untuk kegunaan peribadi atau kursus tanpa dikenakan sebarang bayaran, dengan syarat, petikan dan penghargaan dibuat secara betul dan disertakan dengan kenyataan hak cipta ini (Copyright©2016 Institut Sosial Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Malaysia. Dicetak semula dengan kebenaran). Sebarang kegunaan lain adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis daripada ISM.

 


Garis Panduan Penyediaan Artikel

Format Penulisan
  • Font: Arial atau Times New Roman
  • Saiz: 12
  • Langkau: Langkau 1.5 dan hanya menggunakan sebelah halaman sahaja
  • Bilangan halaman: 4 hingga 7 muka surat

 

Butiran Penulis dan Artikel

Halaman muka hadapan harus terdiri daripada semua butiran di bawah:

  • Tajuk Artikel
  • Nama penulis*
  • Gabungan Penulis
  • Pertubuhan

*Segala urusan surat-menyurat akan ditujukan kepada penulis pertama.
 

Rajah dan Jadual

Semua rajah seperti carta , graf , model, lukisan dan jadual hendaklah diberi judul dan dinomborkan sewajarnya.


Nama dan Rujukan

Nama dan rujukan harus berdasarkan format dan gaya APA Style (Edisi ke-7).

Contohnya adalah seperti berikut.:
 
Penamaan adalah berdasarkan kaedah penulis-tarikh .

  1. Seorang penulis:

    Akrong (2000) mencadangkan…
  2. Dua orang penulis, petikan pertama di dalam teks:  
    Ojua dan Omono (2012) turut menyatakan bahawa…
  3. Dua orang penulis atau lebih, petikan berikutnya menggunakan ‘et al’.  
    Juhasz et al (1975) menyatakan…
  4. Tiga atau lebih penulis, petikan pertama dalam teks:

    Juhasz, Calver, Jackson dan Shipmen (1975) mendapati …; atau
  5. Tiga atau lebih penulis, petikan pertam menggunakan ‘et al’:

    Juhasz et al (1975) mendapati …
     

Semua rujukan mestilah disusun mengikut turutan abjad dan perlu dinyatakan di dalam teks. Contoh adalah seperti berikut:
 

  • Artikel dalam jurnal, majalah dan surat khabar Penulis, tahun penerbitan, tajuk artikel, tajuk jurnal, nombor isu (jika berkenaan), halaman muka surat.
    Adefolalu, AA. (1992) Poverty in Nigeria; Some of its Dimensions and Consequences: Cecom Associate Pub, Ibadan, Nigeria.12 -14.
     
  • Artikel dalam jurnal, seorang penulis, diakses secara dalam talian
Babakar
    A. (2004). The Challenges of Security in Nigeria. 109 (2), 98-102. http:// www.dawodu.com/abubakar/html.
     
  • Artikel dalam jurnal, dua orang penulis, diakses secara dalam talian

    Babakar, A., & James, K. (2004).The Security in Nigeria. 54 (2), 54-55. http:// www.dawodu.com/abubakarjames/html.
     
  • Artikel dalam majalah bercetak
    Maddy, K. (2010, January 26). How healthy are you?. Health Preview, 156(1), 12 – 13.
     
  • Artikel dalam suratkhabar, tiada penulis dinyatakan
    Investment in Gold. (2013, May 5). The Wall Street Journal, p.9.
     
  • Penulisan dalam blog
    Arrington, M. (2008, August 5). The viral video guy gets $1 million in funding. Message posted to http://www.techcrunch.com
     
  • Buku

    Webster Dictionary (11thed.). (2003). Springfield. MA: Merriam-Webster.
     
  • Disertasi

    Penulis, tahun penerbitan, tajuk disertasi, insititusi.
Lim, CH (2004). Journeying into the life of the Penan, Unpublished Doctoral Dissertation, Universiti Malaysia Sarawak.
     
  • Karangan atau bab di dalam buku
Penulis karangan atau bab, tahun penerbitan, tajuk karangan atau bab, editor buku, tajuk buku, halaman karangan atau buku, tempat penerbitan, nama penerbit.

    Labajo, J. (2003). Body and voice: The construction of gender in flamenco. In T. Magrini (Ed.), Music and Gender: Perspectives from the Mediterranean (pp. 67-86). Chicago, IL: University of Chicago Press.
     
  • Laporan Kerajaan
U.S. Department of Health and Human Services. (2005)
    Medicaid drug price comparisons: Average manufacturer price to published prices (OIG publication No. OEI-05-05- 00240). Washington, DC: Author. Retrieved from http://www.oig.hhs.gov/oei/reports/oei-05-05-00240.pdf.