Prosiding Kolokium Penyelidikan ISM mengumpulkan hasil daripada siri kolokium yang diadakan oleh Institut Sosial Malaysia (ISM) untuk membincangkan isu-isu sosial terkini melalui kajian dan penyelidikan mendalam. Kolokium ini bertujuan untuk menghubungkan pengamal kerja sosial, ahli akademik dan pakar sosial dalam satu ruang perbincangan ilmiah yang memperkasa dasar-dasar sosial serta perancangan program baharu. Dengan 10 tema utama termasuk kesihatan mental, jenayah dan autisme, prosiding ini menjadi wadah penting untuk memahami cabaran sosial semasa serta peranan kerajaan dan agensi berkaitan dalam menangani masalah sosial di Malaysia.