Kajian Penilaian Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Hasil kajian ini dilihat memberi implikasi bukan sahaja untuk memperkasa dan penambahbaikan program-program bantuan kebajikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan kepada golongan sasar di masa akan datang, malah input kajian ini dilihat bermanfaat dalam membekalkan sumber maklumat penting kepada KPWKM ke arah perancangan pelan strategik bantuan jangka panjang yang bersesuaian. Hasil kajian ini juga memberi implikasi terhadap penilaian keberkesanan program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam menyediakan bantuan kepada golongan sasar. Input kajian yang terkini dapat dijadikan rujukan dalam membuat penilaian terhadap program bantuan yang telah dijalankan ke arah penyediaan data dan maklumat berkaitan keperluan bantuan. Selain itu, kajian ini juga dapat dijadikan rujukan penting untuk mengenalpasti reaksi dan pemahaman penerima bantuan terhadap sistem penyampaian, dan harapan mereka dalam membantu meningkatkan taraf hidup isirumah berpendapatan rendah di Malaysia.