Berita

ISTIADAT PENGURNIAAN PINGAT-PINGAT NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
Bersempena ulang tahun ke-78 Hari Keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan kepada 165 orang penerima bagi daerah Petaling dan Klang pada 13 Jun 2024 bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam.
Turut sama hadir, Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang.
Sekalung tahniah diucapkan kepada kakitangan MPS yang terpilih untuk menerima Pingat Negeri Selangor.
Pingat Pekerti Terpilih (PPT)
1. Pn. Suhaila binti Abdul Hamid
Pegawai Perundangan L48
2. En. Ir. Ts. Hazrin Hazizi bin Hussain Sabri
Jurutera J44
3. Pn. Sr. Fazlin Mariam binti Mustafa
Pegawai Penilaian W44
Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC)
1. En. Paramasivam a/l Chelliah
Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP32
Pingat Perkhidmatan Selangor (PPS)
1. En. Murukan a/l Manikam
Pembantu Operasi N11

OPERASI ADUAN POKOK TUMBANG
Tindakan segera dari Unit PANTAS MPS ke lokasi kejadian pokok tumbang ekoran hujan lebat dan angin kencang hari ini di Jalan Desa 1/1 Bandar Country Homes, Persiaran 2 Bandar Baru Selayang dan juga Jalan 3/1A, Templer Heights bagi melaksanakan kerja-kerja pemotongan pokok yang tumbang dan pembersihan.
Orang ramai dinasihatkan terus berhati-hati dan melaporkan sebarang kejadian bencana kepada pihak berkuasa.
![[PROGRAM AHLI MAJLIS @ JKP ZON] ZON 15](/sites/default/files/styles/4_3_960x720_focal_point_webp/public/2025-05/448143757_441473855507918_4755080650712235731_n.jpg.webp?itok=hdwS2hFi)
[PROGRAM AHLI MAJLIS @ JKP ZON] ZON 15
Terima kasih diucapkan kepada Puan Alice Choo, Ahli Majlis MPS Zon 15 kerana telah menganjurkan program cermin mata percuma untuk murid sekolah di Kampung Melayu, Pekan Rawang pada 9 Jun 2024.
Program ini bertujuan untuk membantu pelajar khasnya daripada keluarga yang kurang berkemampuan yang mengalami masalah penglihatan untuk mendapatkan cermin mata percuma.
Turut serta dalam program ini YB Tuan Chua Wei Kiat, ADUN Rawang dan Puan Jennifer Lee, Presiden Rotary Club Shah Alam selaku penaja utama yang telah hadir bagi melakukan pemeriksaan mata untuk kanak-kanak yang terlibat.
Semoga melalui program ini dapat memberi manfaat serta meningkatkan tahap pencapaian pendidikan yang lebih baik dalam kalangan pelajar yang kurang berkemampuan.
![[PROGRAM AHLI MAJLIS @ JKP ZON] ZON 3](/sites/default/files/styles/4_3_960x720_focal_point_webp/public/2025-05/447674118_866875708814672_3089838105960671020_n.jpg.webp?itok=wqMAlmq3)
[PROGRAM AHLI MAJLIS @ JKP ZON] ZON 3
Program Mewarna Bag anjuran Ahli Majlis MPS, Tuan Hj. Mazlan bin Musa dan Jawatankuasa Penduduk Zon 3 telah diadakan pada 9 Jun 2024 di Dewan MPKK Kampung Changkat, Gombak.
Program ini disertai oleh 100 orang dari komuniti Kampung Changkat yang terdiri dari kanak-kanak bersama ibu bapa mereka. Program ini juga bertujuan untuk mengetengahkan kemahiran mewarna dan kreativiti para peserta disamping dapat menyemarakkan semangat perpaduan dan kekeluargaan.
Tahniah diucapkan kepada Tuan Hj. Mazlan di atas penganjuran ini dan semoga program ini dapat memberi peluang kepada kanak-kanak serta ibu bapa mencungkil kemahiran khususnya kreativiti dalam menghasilkan hasil seni yang unik dan istimewa.

PENYAMPAIAN HADIAH KEBUN KOMUNITI 2024
Tahniah diucapkan kepada Kebun Komuniti Geliga Nilam, Taman Perwira Gombak atas kejayaan memenangi Kebun Komuniti Terbaik Kategori Lorong Belakang. Kebun Komuniti Cemerlang Court, Gombak turut dinobatkan Kebun Komuniti Terbaik Kategori Kawasan Lapang dan Kebun Komuniti terbaik bagi Kategori Penyelenggaraan dimenangi oleh Kebun Komuniti Pekan Rawang.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Adi Faizal Bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang pada 8 Jun 2024 bertempat di Garden 8, Taman Perwira Gombak. Turut hadir YDH Dato’ Paduka Raja Tan Sri Dato’ (Dr) Hj Wan Mahmood bin Pa’ Wan Teh, Orang Besar Daerah Gombak merangkap JKP Zon 2.
Sebanyak 18 kebun komuniti yang telah bertanding pada pertandingan ini dan MPS berharap usaha ini dapat memberi dorongan dan sokongan kepada masyarakat untuk memperkasa kebun komuniti di kawasan masing-masing. .
|
|

MAJLIS LAFAZ AKUAN TERIMA JAWATAN YDP
Sekitar Majlis Lafaz Akuan Terima Jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang yang berkuat kuasa pada 5 Jun 2024 bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS.
Majlis disaksikan oleh Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS. Hadir sama, Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS, barisan Ahli Majlis dan Para Pengarah Jabatan.
Tahniah diucapkan kepada YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin dan selamat menjalankan tugas.
|
|

KURSUS PENGURUSAN PEROLEHAN SIRI 2
Seramai 90 orang kakitangan MPS telah menyertai Kursus Pengurusan Perolehan Siri 2 anjuran Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan yang telah berlangsung pada 5 Jun 2024 bertempat di Taman Rimba, Bukit Lagong.
Taklimat ini telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Sr. Zainal Abidin bin Mohamad Atan, Jurukur Bahan Kanan, Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan, JKR Negeri Selangor dengan tujuan memberikan pendedahan dan kefahaman kepada kakitangan khususnya yang terlibat dengan perolehan kerajaan di MPS dan cara menangani isu atau masalah yang timbul semasa perolehan kerajaan dilaksanakan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS. Program ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS; Puan Zanariah binti Md Zain, Pengarah Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan MPS dan Para Pengarah Jabatan.
|
|

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA EKSA 2024
Sebagai meneruskan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Majlis Perbandaran Selayang telah mengadakan Program Gotong-royong Perdana bersama-sama Pengarah Jabatan, wakil-wakil dari 11 Zon EKSA MPS dan juga kakitangan MPS.
Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengekalkan keceriaan dan persekitaran kondusif seperti mana dalam amalan EKSA. Aktiviti gotong-royong ini memberi tumpuan kepada seluruh bangunan dan persekitaran pejabat agar kelihatan bersih, teratur dan selamat.
Di samping aktiviti gotong-royong, turut diadakan juga aktiviti menanam pokok oleh Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS bersama Ketua-ketua Zon EKSA MPS sebagai simbolik penganjuran program ini.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Gotong-royong Perdana EKSA pada kali ini. Semoga amalan EKSA ini terus ditambahbaik dan dikekalkan dari masa ke masa selaras dengan slogan "EKSA Amalan kami".
|
|

PERHIMPUNAN BERSAMA PRESIDEN CUEPACS
Sekitar Majlis Perhimpunan Bersama YBhg. Dato' Dr. Haji Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS merangkap Presiden Anulae Semenanjung Malaysia pada 30 Mei 2024 bertempat di Lobi Menara MPS.
Dalam sesi perhimpunan ini, beliau menyampaikan taklimat CUEPACS dengan tajuk "Kenaikan Gaji Sektor Awam, Tingkat Produktiviti, Jaga Intergriti". Kakitangan MPS juga turut diberi taklimat berkenaan insurans CUEPACS dengan oleh En. James D. Ravi, Pengurus CUEPACS Living Care.
Turut hadir, Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS, Puan Ruzaini binti Sohot, Pengerusi ANULAE cawangan MPS dan Pengarah Jabatan.

KURSUS PEMATUHAN TERHADAP TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB PENJAWAT AWAM BAGI KAKITANGAN MPS
Unit Intergriti, Majlis Perbandaran Selayang telah menganjurkan Kursus Pematuhan Terhadap Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam Bagi Kakitangan MPS pada 30 Mei 2024 bertempat di Dewan Simfoni, Taman Rimba Bukit Lagong.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Nor Zahidi dari Bahagian Perkhidmatan, Unit Laporan Ketua Audit Negara dan Operasi Khas (ULKAN & OK) melibatkan seramai 60 orang peserta warga kerja MPS. Kursus ini bertujuan untuk memberikan pemahaman, kemahiran dan pengetahuan mengenai pengurusan dan prosedur tindakan tatakelakuan dan tatatertib dalam perkhidmatan awam.
Turut hadir, Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS dan Pengarah Jabatan.