603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

Berita

PROGRAM FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) 2024
PROGRAM FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) 2024

MPS telah mengadakan Program Focus Group Discussion (FGD) untuk Kajian Pelan Tindakan Bandar Pintar 2030 pada 27 dan 28 Mei 2024 bertempat di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak.

Seramai 166 peserta telah hadir pada Program Focus Group Discussion (FGD) ini yang melibatkan Jabatan Dalaman MPS, Ahli-ahli Majlis, agensi kerajaan, institusi Pendidikan, NGO, pemaju, operator pelancongan, solution provider dan pihak berkepentingan. 

Maklumat serta pandangan yang diterima akan digunakan untuk memastikan Pelan yang telah dirangka lebih komprehensif dan inklusif. Pelan Tindakan Bandar Pintar 2030 ini juga amat penting sebagai permulaan untuk MPS mencapai status Smart City Early Adopter oleh PLANMalaysia.

PERHIMPUNAN BULAN MEI
PERHIMPUNAN BULAN MEI

Majlis Perhimpunan Bulanan MPS yang dihoskan oleh Jabatan Audit Dalam telah diadakan pada 27 Mei 2024 bertempat di Lobi Menara MPS. 

Tuan TYDP dalam ucapan beliau mengingatkan tentang kepentingan tatakelola dalam melaksanakan tugasan. 

Pada majlis ini telah turut diadakan Penyampaian Surat Pelantikan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2024 dan Penyampaian Sijil Reward Yang Dipertua MPS 2023 kepada kakitangan yang telah memberi sumbangan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengharumkan nama MPS. 

Turut sama di dalam Majlis Perhimpunan ini barisan Ahli Majlis, Pengarah Jabatan MPS dan kakitangan MPS.

MESYUARAT MAJLIS BIL.5 2024
MESYUARAT MAJLIS BIL.5 2024

Sekitar Mesyuarat Majlis Bil. 5/2024 yang telah berlangsung pada 27 Mei 2024 bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS. 

Mesyuarat majlis ini telah dipengerusikan oleh Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS. Turut hadir dalam mesyuarat ini Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Penolong Setiausaha Majlis, Ahli-Ahli Majlis MPS dan Pengarah-pengarah Jabatan MPS.

MAJLIS MENANDATANGANI MOU STADIUM MPS
MAJLIS MENANDATANGANI MOU STADIUM MPS

Sekitar Majlis Menandatangani MOU Stadium MPS Sebagai 'Home Venue' bersama Polis Diraja Malaysia Football Club (PDRM FC) telah berlangsung pada 27 Mei 2024 bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS.

PDRM FC akan menggunakan stadium MPS yang mempunyai kapasiti 11,000 tempat duduk itu sebagai 'home venue' Sang Saka Biru.

Majlis menandatangani ini disempurnakan oleh Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS bersama ASP Mohamad Hafiz bin Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif PDRM FC.

MPS berbesar hati dengan kesudian pihak PDRM FC untuk bekerjasama bagi tempoh 2024/2025 yang akan datang ini, sekali gus menyaksikan pelbagai aktiviti atau program dapat dijalankan di Stadium MPS.

Justeru itu, MPS akan memastikan penjagaan stadium serta kemudahan berada dalam keadaan optimum dan dapat digunakan dengan sebaiknya.

Hadir sama dalam majlis ini, Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS, Ahli Majlis dan Pengarah Jabatan.

SAMBUTAN HLN (HARI KE 3)
SAMBUTAN HLN (HARI KE 3)

Majlis Perasmian Penutupan Forum Perbandaran Hijau (Green Urban Forum - GUF) 2024 oleh YB Menteri KPKT di Dewan Aster, Ibu Pejabat PKNS Shah Alam hari ini.

Pada majlis ini telah turut diadakan Penyampaian Hadiah Laman Pihak Berkuasa Tempatan sempena sambutan Hari Landskap Negara 2024 yang diadakan di Taman Tasik Shah Alam bermula 25 Mei hingga 2 Jun 2024.

PERASMIAN HARI LANDSKAP NEGARA 2024
PERASMIAN HARI LANDSKAP NEGARA 2024

Majlis Perasmian Hari Landskap Negara 2024 telah disempurnakan oleh KDYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 25 Mei 2024 di Taman Tasik Shah Alam, Selangor. Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda telah disambut YAB Dato' Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor bersama YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Pengurusan Tertinggi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Exco Kerajaan Negeri Selangor serta Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan.

Sambutan Hari Landskap Negara 2024 (HLN2024) dengan tema "Industri Landskap Pemacu Pembangunan Moden" telah berlangsung mulai 24 Mei hingga 2 Jun. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program berlangsung seperti Pertandingan Landskap IPT / IPTS, Pertandingan Laman PBT, Explorace, Fun Run dan banyak lagi.

Majlis Perbandaran Selayang turut menyertai Pertandingan Laman PBT dengan persiapan dan persediaan bermula 17 Mei hingga 24 Mei 2024. "Laman Selayangku Sayang" yang penuh dengan keunikan hutan hujan dan Pokok Giam Kanching (Hopea Subalata) yang hanya terdapat di Rawang.

Orang ramai yang berkelapangan dijemput hadir dan jangan lepaskan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

PERSIAPAN LAMAN PAMERAN SEMPENA HLN 2024
PERSIAPAN LAMAN PAMERAN SEMPENA HLN 2024

Sekitar suasana persiapan laman pameran sempena Hari Landskap Negara 2024 pada 24 Mei hingga 2 Jun 2024 di Taman Tasik Shah Alam. 

Jabatan Landskap MPS kini sedang giat membina arca dan landskap hijau bagi pengunjung merasai suasana indah “Laman Selayangku Sayang”.

KURSUS ASAS SEWAAN PENYEWA PREMIS  MPS SIRI 1
KURSUS ASAS SEWAAN PENYEWA PREMIS MPS SIRI 1

Untuk memastikan penyewa premis MPS menguruskan premis dan perniagaan dengan baik, MPS telah mengadakan Kursus Asas Sewaan Penyewa Premis MPS Siri 1 yang diadakan pada 23 Mei 2024 bertempat di Hotel Crystal Crown, Kuala Lumpur.

Seramai 52 orang peserta telah mengambil bahagian dimana peserta diberikan pendedahan tentang pengurusan perniagaan, pengurusan kewangan yang teratur dan pengurusan kebersihan premis.

Tuan Wan Anwar bin Wan Ibrahim, Ahli Majlis MPS telah merasmikan kursus ini. 

KUNJUNG HORMAT SELANGOR FC KE MPS
KUNJUNG HORMAT SELANGOR FC KE MPS

Sekitar kunjungan hormat YBrs. Dr. Johan Kamal Hamidon, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) kepada Tuan Adi Faizal Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS pada 20 Mei 2024 di Menara MPS.

Kunjung hormat ini bertujuan untuk membincangkan tentang pembangunan sukan bola sepak di negeri Selangor dan peluang jalinan kerjasama antara Selangor FC dan juga Majlis Perbandaran Selayang. 

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC juga telah berpeluang menyerahkan jersi Selangor FC kepada Tuan TYDP sebagai simbolik atas inisiatif MPS yang telah membuat pembelian tiket secara pukal sebagai tanda sokongan kepada Selangor FC. 

Kakitangan MPS yang berminat untuk menonton perlawanan Selangor FC di Stadium MBPJ boleh mendapatkan tiket perlawanan dengan menghubungi Jabatan Pembangunan Masyarakat MPS.

KEJOHANAN MAKSAK INDOOR GAMES 2024
KEJOHANAN MAKSAK INDOOR GAMES 2024

Kontinjen dari MAKSAK Selangor telah menyertai acara catur sempena Kejohanan MAKSAK Indoor Games 2024 yang telah diadakan pada 9 - 12 Mei 2024 bertempat di Dewan Wawasan 2020, Kangar, Perlis.

Antara acara indoor yang dipertandingkan adalah E-sport, PUBG, Karom, Catur dan Dart. Dalam acara Blitz Kategori Lelaki telah memenangi tempat ke-4 dan ke-5 manakala bagi acara Blitz Kategori Perempuan telah mendapat tempat ke-8 dan ke-9.

MAKSAK Selangor telah melantik MPS selaku Pengerusi untuk mengurus pasukan sepanjang acara berlangsung. Tahniah dan syabas buat kesemuanya yang terlibat.