603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

Berita

MESYUARAT MAJLIS BIL.3-2025
MESYUARAT MAJLIS BIL.3-2025

Sekitar Mesyuarat Majlis Bil.3/25 yang telah berlangsung pada 25 Mac 2025 bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS.

Mesyuarat majlis ini telah dipengerusikan oleh Tuan Shahman bin Jalaludin; Yang Dipertua MPS dimana ianya bertujuan untuk mengesahkan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Tetap yang telah bersidang. 

Tuan YDP dalam ucapan beliau telah turut memaklumkan tentang kedudukan kewangan terkini selain berkesempatan menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi. 

Turut hadir dalam mesyuarat ini Tuan Haji Az'har bin Samsuri; Penolong Setiausaha MPS, Ahli Majlis MPS dan barisan Pengarah Jabatan MPS.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN MAC 2025
MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN MAC 2025

Majlis Perhimpunan Bulanan MPS yang dihoskan oleh Jabatan Kontrak dan Ukur Bahan (JKUB) telah diadakan pada 25 Mac 2025 bertempat di Lobi Menara MPS.

Pada majlis ini telah diadakan penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada Encik Mateen Zayani serta Ahli Kumpulan OSCMPSQ dari Jabatan Pusat Setempat di atas penyertaan Public Service Inovation Asia (PSIA) Award, sempena Malaysia Technology Expo (MTE).

Selain itu, turut diadakan penyampaian sumbangan daripada Jabatan Khidmat Pengurusan (JKP) kepada kakitangan gred H1 sempena kedatangan Syawal. Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) dan ANULAE Cawangan MPS juga menyampaikan sumbangan kepada kakitangan serta penyampaian hadiah bagi pemenang kuiz Kahoot.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS, Ahli Majlis, para Pengarah Jabatan, dan kakitangan MPS. 

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH GERAI BAZAR TERBAIK
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH GERAI BAZAR TERBAIK

Sebagai tanda penghargaan kepada para peniaga Bazar Ramadan tahun ini, Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 14 telah menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Gerai Bazar Terbaik Bazar Ramadan pada 24 Mac 2024 bertempat di Bazar Ramadan Taman Tasik Bersatu, Rawang.

Seramai 35 orang peniaga terlibat dalam majlis ini dan ianya bertujuan bagi menghargai usaha dan komitmen peniaga dalam menyediakan gerai terbaik sepanjang Ramadan. Selain itu juga, majlis ini diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada peniaga yang menunjukkan kreativiti, kebersihan, dan kualiti perkhidmatan yang cemerlang.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan, yang memberi sokongan terhadap usaha memperkasa peniaga kecil di bulan Ramadan. Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Sulaiman Abu Samah, selaku Pengelola Bazar Ramadan, serta Pengarah Pelesenan MPS, Puan Zulaina Binti Abu Talib. 

Selain penyampaian hadiah, Jabatan Pelesenan MPS turut mengedarkan topi chef kepada semua peniaga bazar sebagai simbol komitmen terhadap kebersihan dan profesionalisme dalam penyediaan makanan. Langkah ini juga seiring dengan inisiatif MPS dalam meningkatkan standard kebersihan di bazar Ramadan bagi menjamin kesejahteraan pengguna.

MPS berharap usaha sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memartabatkan perusahaan kecil dan sederhana serta ekonomi komuniti setempat.

[PROGRAM AHLI MAJLIS @ JKP ZON] - TUAN HJ. SULAIMAN
[PROGRAM AHLI MAJLIS @ JKP ZON] - TUAN HJ. SULAIMAN

Program Ihya’ Ramadan Tadarus Perdana Dan Khatam Al-Quran yang dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 14 dan KRT Taman Bersatu B telah berlangsung pada 22 Mac 2025 bertempat di Dewan Kelab Rukun Tetangga (KRT) Taman Bersatu B, Rawang. 

Program ini telah disertai seramai 80 orang penduduk Taman Bersatu untuk bersama-sama mengimarahkan bulan Ramadan. Sedikit taklimat telah disampaikan oleh Tuan Zarif Zakaria, Ketua Balai Polis Rawang tentang keselamatan penjagaan rumah dan harta benda ketika menjelang musim perayaan yang akan tiba.

Turut sama dalam program ini, Tuan Haji Sulaiman bin Abu Samah, Ahli Majlis MPS, Tuan Haji Sukria bin Yahya, Ketua Kampung Kenanga dan Tuan Haji Mat Rani bin Deraman, Pengerusi KRT Taman Bersatu.

Semoga majlis ini menjadi medan untuk mendekatkan diri kepada Allah, menambah ilmu dan mengukuhkan ukhuwah bersama. 

PROGRAM REZEKI RAMADAN TAHUN 1446H SIRI 2-2025
PROGRAM REZEKI RAMADAN TAHUN 1446H SIRI 2-2025

Sebanyak 400 pek makanan berbuka puasa telah diagihkan kepada kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) oleh ANULAE Cawangan MPS pada 21 Mac 2025 bertempat di Lobi Menara MPS. 

Serahan pek makanan telah disempurnakan oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS. Turut sama dalam majlis ni Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS, Tuan Ahmad Zahiri bin Zahid Sofian, Ahli Majlis MPS dan Puan Ruzaini binti Sohot, Pengerusi ANULAE Cawangan MPS.

Semoga perkongsian rezeki ini dapat memberi manfaat serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT

PROGRAM IHYA' RAMADAN 2025 - JELAJAH BAZAR RAMADAN
PROGRAM IHYA' RAMADAN 2025 - JELAJAH BAZAR RAMADAN

Sempena Program Ihya’ Ramadan Tahun 2025 - Jelajah Bazar Ramadan yang berlangsung pada 21 Mac 2025, YAB Dato’ Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor berkesempatan menyantuni peniaga dan pengunjung di Bazar Ramadan Bandar Baru Selayang.

YAB Dato’ Menteri Besar diiringi Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), YB Puan Anfaal bin Saari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor merangkap ADN Taman Templer dan Tuan Haji Ahmad Zahiri bin Zahid Sofian, Ahli Majlis MPS Zon 10.

Program ini telah mendapat kerjasama dengan Platform Selangor (PLATS). Selaras dengan agenda pendigitalan usahawan negeri ianya merupakan inisiatif menyokong peniaga tempatan dan menggalakkan transaksi digital di bazar. Pengunjung yang datang juga dapat menebus baucar bernilai RM10 melalui kod imbasan QR yang disediakan oleh pihak PLATS.

Turut sama memeriahkan jelajah bazar Ramadan ini, YB William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Selayang, Tuan Mohd Montazeri bin Nordin, Ahli Majlis MPS Zon 11, Puan Zulaina Abu Talib, Pengarah Jabatan Pelesenan serta pegawai jabatan dalaman MPS.

CERAMAH AMBANG SYAWAL `'SYAWAL, SEMPURNAKAH RAMADANKU''
CERAMAH AMBANG SYAWAL `'SYAWAL, SEMPURNAKAH RAMADANKU''

Sempena menyambut ketibaan Syawal, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) telah menganjurkan Program Ceramah Ambang Syawal 1446H yang disampaikan oleh penceramah jemputan Pencetus Ummah (PU) Ustaz Suhaimi Mohd Yunus pada 21 Mac 2025 bertempat di Lobi Menara MPS.

Ceramah bertajuk ‘’ Syawal, Sempurnakah Ramadanku? ’’ telah dihadiri seramai 241 kakitangan MPS. Turut sama, Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS dan Encik Zikry bin Zulkifle; Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan MPS .

Semoga program ini memberi manfaat kepada semua yang hadir serta dapat menghayati keindahan bulan Ramadan dan Syawal.

OPERASI HALANGAN PENJAJA DI TAMAN SAMUDERA
OPERASI HALANGAN PENJAJA DI TAMAN SAMUDERA

Peniaga yang ingkar meniaga tanpa lesen yang sah telah diambil tindakan dalam satu operasi halangan penjaja yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Jalan Samudera Barat 1, Taman Samudera pada 19 Mac 2025. Operasi ini dijalankan dari jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari.

Menerusi operasi tersebut, beberapa peniaga dikenakan tindakan sitaan kerana didapati berniaga tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh MPS. Antara barangan yang dirampas termasuk 10 unit kerusi plastik, satu unit gerai mudah alih, empat unit khemah biru, serta peralatan memasak.

Beberapa pemilik khemah lain turut dikenakan tindakan peralatan perniagaan disita, antaranya 92 unit kerusi hitam, 30 unit meja lipat, 6 tong gas merah, 2 unit peti sejuk, serta beberapa unit dapur dan gerai jualan. Selain itu, empat khemah bersaiz 20x20 turut dirampas.

Dalam operasi yang sama, MPS turut menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan berhampiran yang menjalankan aktiviti cuci kereta tanpa lesen. Semua barang sitaan dibawa ke stor untuk tindakan lanjut.

MPS akan terus memantau isu ini dari semasa ke semasa. Tindakan tegas akan diambil bagi memastikan kawasan tersebut bebas daripada penjaja haram sekali gus memelihara kebersihan dan ketenteraman awam.

[PROGRAM AHLI MAJLIS @ JKP ZON] - TUAN SAHARUDIN
[PROGRAM AHLI MAJLIS @ JKP ZON] - TUAN SAHARUDIN

Tuan Saharudin bin Abu Bakar Ahli Majlis MPS, berkongsi rezeki kepada penduduk ketika berkunjung ke Masjid Al- Hikmah, Batu 20, Kuang dan Surau Darul Muttaqin, Bandar Baru Kundang, Rawang pada 19 Mac 2025.

Sumbangan wang tunai telah diserahkan kepada penduduk yang memerlukan bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Terima kasih kepada Tuan Saharudin. Semoga sumbangan kecil ini dapat memberikan sedikit keceriaan serta diberkati Allah S.W.T kepada semua pihak yang terlibat.

[PROGRAM AHLI MAJLIS @ JKP ZON] - PUAN P. MARIAMMAL
[PROGRAM AHLI MAJLIS @ JKP ZON] - PUAN P. MARIAMMAL

Puan P. Mariammal a/p S. Ponnusamy telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa pada 19 Mac 2025 yang bertempat di Restoran Mohd Adana Lee, Bandar Country Homes, Rawang.

Majlis Berbuka Puasa bersama 30 orang wanita Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 17 ini diadakan bagi meraikan Sambutan Hari Wanita yang disambut setiap tahun. Selain itu, majlis ini turut bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara Ahli Majlis dan JKP Zon.