Webinar Always Beware And Be Aware (ABBA)
Sesi webinar ini merupakan satu wadah perkongsian ilmu dan kupasan mengenai isu berkaitan keselamatan kanak - kanak di Malaysia.
- Tempoh : 2 jam
- Bilangan Siri: 1
Webinar Gender
Sesi webinar ini merupakan satu platform bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepekaan dan pengetahuan mengenai gender dan kemahiran memahami pelbagai isu menggunakan perspektif gender.
- Tempoh webinar : 2 jam
- Bilangan siri : 1
-
Imej
Webinar Keusahawanan Orang Kurang Upaya (OKU)
Sesi webinar ini merupakan satu platform perkongsian ilmu keusahawanan serta pengetahuan dalam bidang keusahawanan yang menyasarkan golongan OKU yang terlibat dalam perniagaan.
- Tempoh webinar : 2 jam
- Bilangan siri : 2
-
Imej
-
Imej
Webinar Penjagaan Warga Emas/OKU/Kanak - Kanak
Sesi webinar ini merupakan satu platform bagi mengupas dan membincangkan mengenai penjagaan terhadap warga emas, kanak - kanak dan OKU meliputi gerantologi, diet dan pemakanan, rutin harian, penjagaan kesihatan, aktiviti riadah dan lain - lain.
- Tempoh webinar : 2 jam
- Bilangan siri : 1
Seminar Pembangunan Profesional Berterusan (Continuous Professional Development) (CPD)
Pembangunan Profesional Berterusan merupakan usaha berterusan dan sistematik bagi memastikan pekerja sosial melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran, nilai serta amalan profesional melalui pembelajaran berterusan. Pendekatan ini amat penting kerana bidang kerja sosial sentiasa berkembang dan mencabar. Oleh itu pekerja sosial sentiasa perlu mempertingkatkan ilmu dan kompetensi agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Seminar CPD diperkenalkan mulai tahun 2023 sebagai usaha memberi pendedahan kepada pekerja sosial dan pengamal sosial tentang keperluan pendidikan, latihan dan pembangunan profesional secara berterusan apabila Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial diluluskan.
Seminar Kebangsaan Kerja Sosial
Simposium Kebangsaan Kerja Sosial merupakan kolaborasi ISM bersama Persatuan Pekerja Sosial Malaysia atau Malaysian Association of Social Workers (MASW), bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kerja sosial serta memartabatkan profesion kerja sosial di Malaysia selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan 2030. Panel-panel yang berpengalaman dijemput untuk berkongsi ilmu dan idea dalam bidang kerja sosial. Penganjuran simposium ini merupakan salah satu pengisian sempena Sambutan Hari Kerja Sosial Sedunia yang disambut pada setiap bulan Mac.