Unit Pentadbiran , Domestik dan Penyelenggaraan

Unit Pentadbiran, Domestik dan Penyelenggaraan bertanggungjawab menguruskan segala urusan berkaitan perkhidmatan pentadbiran, domestik dan penyelenggaran dalam menyediakan khidmat sokongan yang berkesan dan cekap seiring dengan misi dan matlamat Jabatan.
 

Fungsi Unit Pentadbiran, Domestik Dan Penyelenggaraan

  • Memastikan urusan keselamatan diurus dengan baik dan cekap;
  • Memastikan urusan kebersihan dan landskap berada di tahap yang baik;
  • Memastikan perkhidmatan tempahan dan penyelenggaraan Kenderaan Jabatan dilaksanakan dengan cekap;
  • Memastikan urusan Rumah Khas Jabatan diurus dengan baik; 
  • Memastikan pengurusan kemudahan fasiliti diurus dengan cekap dan berkesan;
  • Memastikan pengurusan asrama diurus cekap dan berkesan serta selamat;
  •  Memastikan pengurusan makan dan minum bagi kursus, bengkel, seminar, program dan mesyuarat diurus dengan cekap dan berkesan;
  • Memastikan pengurusan linen dilaksanakan dengan cekap dan berkesan;
  • Memastikan  semua kemudahan infrastruktur sentiasa dalam keadaan yang selamat, selesa, bersih dan bebas daripada kerosakan yang boleh membahayakan dan menjejaskan keperluan pelanggan;
  • Memastikan  perancangan kerja-kerja pembangunan dan pemantauan projek-projek penyelenggaraan  dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
     

Permohonan Kemudahan ISM

  1. Permohonan tempahan boleh dilaksanakan secara  mengemukakan surat permohonan atau atas talian melalui emel rasmi  sekurang-kurangnya dalam tempoh dua (2) bulan sebelum program dijalankan. 
  2. Permohonan penggunaan fasiliti  (Bilik Penginapan, Dewan Intelek, Dewan Serbaguna dan Bilik Kuliah) di ISM terbuka kepada semua agensi kerajaan tertakluk kepada kekosongan. Bagi agensi swasta dan individu hanya boleh menyewa bilik penginapan dan dewan serbaguna sahaja.
  3. Permohonan hendaklah dikemukakan ke Alamat:

    Pengarah
    Institut Sosial Malaysia
    Lot PT 13856 KM 6 
    Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban
    Sungai Besi
    57100 Kuala Lumpur.

    No Telefon:  03-79853333 - EXT - 3287 / 3278
    Email : [email protected]  atau [email protected]>
    ​​​​
  4. Kadar Sewaan Fasiliti ISM (Bukan Agensi Kerajaan)

    KATEGORIKADAR SEWAAN
    AsramaRM 65 / hari (VIP)
     RM 60 / hari (Twin Sharing)
    Dewan SerbagunaRM 50 / jam
    RM 550 / hari (8 jam)
    Dewan IntelekRM 150 / jam
    RM 1000 / hari (8 jam)